Ketika berucap ringkas di majlis tersebut setelah bertukar-tukar dokumen, Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat melahirkan rasa syukurnya kerana masalah penswastaan pengurusan bekalan air di Kelantan dapat diselesaikan di meja rundingan, bukan melalui mahkamah.
Beliau berkata penyelesaian dapat dilakaukan dalam suasana sama-sama menang. Serentak dengan itu juga beliau mengisytiharkan pemben-tukan Air Kelantan Sdn. Bhd. sebagai syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar bagi menggantikan Kelantan Water Sdn. Bhd.
Beliau menandatangani surat berkenaan bagi pihak Perbadanan Menteri Besar manakala Pengerusi KWSB, Dato’ Mohd. Bakri Mohamad menandatanganinya bagi pihak Thames Water Malaysia.
Sebaik-baik sahaja bertukar-tukar dokumen tersebut laungan takbir bergema di bilik mesyuarat yang penuh sesak dengan para pekerja KWSB, para pegawai KWSB dan wartawan. Sebelum ini ketibaan YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar disambut dalam suasana kesyukuran oleh ratusan kakitangan KWSB.
Turut hadir di majlis tersebut ialah ahli-Ahli Exco Kerajaan Kelantan, YB Haji Hassan Abdullah, YB Ustaz Mohamed Daud, YB Ustaz Omar Mohamad, YB Ustaz Ahmad Ya’kub, Pega-wai Kewangan Negeri, YBM Dato’Tengku Shah Buddin dan Pengarah Urusan Thames Water Malaysia Eryl Edward. Majlis didahului dengan sembahyang hajat
Menurut Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, apa yang dilihat sebagai masalah yang begitu besar sebelum ini sebenarnya tidaklah begitu sukar kerana apabila masalah-masalah terse-but dibincang dan diselesaikan satu persatu beransur-ansur akhirnya penyelesaian keselu-ruhannya dapat dilakukan.
Katanya, dengan doa dan air mata memohon kepada Allah maka masalah ini
dapat selesai dengan baik.
“Bagaimanapun, masalah pada masa akan datang adalah lebih besar, takut-takut
kita tidak dapat beri khidmat lebih baik dalam soal pengurusan air ini,”
katanya lagi.
Beliau berkata penyelesaian yang dicapai adalah hasil daripada usaha-usaha para kakitangan Kerajaan dan penasihat undang-undang dan doa rakyat Kelantan yang telah bersungut dalam menghadapi masalah bekalan air ini.
Penswastaan pengurusan bekalan air Kelantan bermula pada 25 Februari 1995 apabila Jabatan Bekalan Air di bawah Jabatan Kerja Raya menyerah-kannya kepada Kelantan Water Sdn. Bhd, yang ekuitinya dikua-sai oleh Thames Water Sdn. Bhd. sebanyak 70 peratus dan Yayas-an Kelantan Darulnaim (YAKIN) 30 peratus. Sejak itu berbagai-bagai kontroversi timbul termasuk rungutan rakyat yang tidak puas hati dengan khidmat bekalan air sambil ada ura-ura menaikkan harga air.
Atas keperihatinan Kerajaan Kelantan pimpinan YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, langkah-langkah diambil untuk menyelesaikan masalah pengurusan air ini dengan pihak KWSB.
Tamatnya pegangan Thames Water melalui KWSB ke atas pengurusan bekalan
air ini merupakan satu kejayaan besar dan bersejarah bagi Kelantan kerana
sebelum ini masalah yang dihadapi kelihatan sukar untuk diselesaikan.