Ayat di logo ini ditulis dalam bahasa al-Quran pada tempat yang tidak mencemarkan kesuciannya tetapi terjemahannya ke bahasa Melayu digunakan, misalnya, pada kertas surat menyurat.
Logo itu juga dihiaskan dengan gambar air terjun Stong, iaitu air terjun tertinggi di Asia Tenggara yang terdapat di Gunung Stong, Dabong yang menjadi mercu tanda dan tarikan pelancong bagi Negeri Kelantan.
Perkara ini dijelaskan oleh YAB Menteri Besar Kelantan ketika berucap selepas me-nandatangani Surat Ikatan Penamatan dan pertukaran Dokumen Penyerahan / Ambil-alih Kelantan Water Sdn Bhd. daripada Thames Water kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat KWSB, Jalan Yahya Petra, Kota Bharu pada 29 April lalu.
Dengan pengambilalihan itu, bekalan air Kelantan kini dikendalikan oleh Air Kelantan Sdn. Bhd., syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, meng-ingatkan ketika menguruskan air, kita kena ingat air merupakan ikmat Allah paling besar.
Beliau juga mahukan ibu pejabat Air Kelantan Sdn. Bhd. dipindahkan ke tempat baru yang lebih lapang dan selamat.