Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Hal Ehwal Wanita dan Hubung-an Antara Kaum Kerajaan Kelantan, YB Ust. Haji Hassan Muhamad, berucap di majlis itu berkata projek perintis lembu pawah yang dilaksanakan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) untuk peserta Desa Taqwa di Jajahan Machang diharap dapat berkem-bang sebagai satu daripada usaha melaksa-nakan dasar Kerajaan Kelantan menjadikan negeri ini Jelapang Makanan Halal Negara.
KPKB ialah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
(PKINK).
Beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Desa Taqwa Negeri dan juga ADUN
Kemu-ning berkata, Desa Taqwa Jajahan Machang dipilih kerana beliau secara
langsung akan cuba mempastikan projek lembu pawah ini dijayakan masyarakat
Desa Taqwa dengan kerjasama semua pihak berkenaan seperti Jabatan Perkhidmatan
Haiwan Negeri, penggawa dan penghulu.
Katanya, pesanan YAB Tuan Guru Men-teri Besar agar kita cermat dan kerana harga lembu ini mahal, para peserta projek lembu pawah ini hendaklah cermat dan menjaga lembu sebaik-baiknya agar tidak berlaku kecuaian hingga diserang penyakit dan sebagainya.
Menurut beliau, sebagai hasrat Kerajaan Kelantan menjadikan Desa Taqwa sebagai contoh atau model kegiatan dan kehidupan masyarakatnya sentiasa dalam ketaqwaan kepada Allah, ikhlas kepada Allah, maka kejayaannya dapat dilihat dengan Allah turunkan berkat dari langit.
“Desa Taqwa dipilih untuk projek perintis ini kerana bagi setiap projek yang berjaya akan banyaklah lagi projek yang akan dibuat,” tambah beliau.
Turut serta di majlis tersebut ialah Pengurus Besar KPKB, Wan Abdul Rahman; ADUN Pulai Chondong, YB Haji Zulkifli Mamat; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kelantan, Dr. Idris Abd. Kadir dan wakil Ketua Jajahan Machang.