Dengan dasar kerajaan sede-mikian, beliau mahukan setiap penghulu mengenal pasti rakyat miskin di mukimnya bagi mem-pastikan sama ada mereka sudah menerima bantuan atau belum.
“Penghulu hendaklah me-ngenali setiap orang rakyat atau keluarga miskin di mukimnya, begitu juga sebaliknya rakyat miskin hendaklah mengenali penghulu mukimnya,” katanya.
Beliau juga mengingatkan pa-ra penerima bantuan supaya ti-dak memandang bantuan Keraja-an Kelantan pimpinan Tuan Guru Menteri Besar sekarang sebagai kebendaan semata-mata.
“YAB Tuan Guru Dato’ Men-teri Besar berpesan agar bantuan yang diberikan hendaklah diser-tai juga bantuan kerohanian, iaitu nasihat-nasihat yang patut dibekalkan kepada penerima bantuan untuk kehidupan di akhirat kelak,” katanya.
Beliau mengingatkan bahawa bantuan kebendaan itu hanyalah sekadar keperluan di dunia saha-ja tetapi hidup ke akhirat mesti berbekal taqwa kepada Allah.
Jelasnya lagi, beliau turun padang untuk menyampaikan bantuan kebajikan kepada rakyat miskin supaya bantuan yang disampaikan itu dapat disertakan dengan nasihat bahawa kehi-dupan seseorang yang miskin tidak semestinya hilang kemulia-annya kerana orang miskin amat sedikit hisabnya di akhirat kelak berbanding dengan orang kaya.
Beliau juga meminta mana-mana penerima bantuan yang sudah ada pendapatan mencu-kupi atau mempunyai ahli kelu-arga yang sanggup membantu supaya segera melapor kepada pejabat kebajikan untuk berhenti menerima bantuan itu agar ban-tuan berkenaan diberikan pula kepada orang lain yang layak.
ADUN Tawang, YB Ust. Hassan Mahmood turut berucap dan menyampaikan bantuan di majlis tersebut. Selain bantuan tetap bulanan, para penerima di majlis itu turut mendapat bantuan beras.