Tuan Guru Dato’ Menteri Besar menggesa pihak syarikat supaya merapatkan jurang perbezaan gaji antara kakitangan terutamanya di antara pihak pengurusan dengan kakitangan lain sebagai satu perubahan daripada apa yang terdapat sebelum ini di dalam Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB).
Perbadanan Menteri Besar telah mengambil alih KWSB daripada Thames Water pada 29 April laludankini diberi nama baru sebagai Air Kelantan Sdn. Bhd.
Dalam perjumpaan kakita-ngan Air Kelantan di JKR 10 itu, Tuan Guru Dato’ Menteri Besar menasihatkan para kakitangan supaya melupakan perkara yang buruk-buruk dalam menjalankan tugas sebelum ini bagi digan-tikan dengan tekad memperbaiki segala kelemahan untuk menyempurnakan hasrat rakyat Kelantan mendapatkan khidmat bekalan air yang sempurna dan lancar.
Beliau mahukan kakitangan Air Kelantan sama-sama meng-hapuskan amalan rasuah dan sikap sambil lewa, sebaliknya menjalankan tugas seperti me-nyegerakan pembaikan paip-paip bocor dan sebagainya.
Berhubung dengan bil air, beliau mencadangkan kempen dilancarkan oleh
pegawai-pegawai Unit Halaqat dan penghulu-penghulu bagi mena-sihatkan rakyat
yang mempunyai bil air tertunggak supaya segera menjelaskannya.
Katanya, melalui bekalan air ada khidmat yang diberi dan ada kos yang
ditanggung, maka perlulah mereka yang menggunakan air berkenaan membayar
bil dengan segera.