Keperihatinan seorang pemimpin
KELUAGRA Ghazali Ismail, 54, yang kematian isteri, Khalijah Ismail, 44,
akibat dibaham hari-mau sekurang-kurangnya dapat melegakan rasa dukacita
apabila menerima kunjungan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul
Aziz bin Nik Mat di rumah mereka di Kg. Kubang Nyamuk, Pasir Mas, selepas
solat zohor pada 13 Mei lalu.
Allahyarhamah Khalijah meninggal dunia di Hospital Kota Bharu pada 12
Mei setelah dibaham harimau ketika menoreh getah di Kg. Seri Jaya,
Kemubu Kuala Krai 11 Mei lalu.
Tuan Guru Menteri Besar turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada
keluarga Ghazali.