Majlis menandatangani do-kumen-dokumen berkenaan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, dan Pengerusi Eksekutif KWSB, Dato’ Mohd. Bakri Mohamad, telah berlangs-ung di JKR 10 pada 2 April lalu.
Perundingan-perundingan telah berjalan lancar dalam suasana mesra antara pihak Kerajaan Negeri dan KWSB. Thames Water Malaysia Sdn. Bhd. memegang 70 peratus saham KWSB manakala 30 peratus dipegang oleh Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN). KWSB melaksanakan penswas-taan pengurusan bekalan air di Kelantan sejak Februari 1995 tetapi berbagai-bagai kontro-versi d an masalah telah timbul sehinggakan rundingan-run-dingan terpaksa dibuat antara pihak Kerajaan Kelantan dan KWSB untuk menyelesaikan masalah-masalah itu.
Antara masalah yang timbul adalah mutu bekalan air yang masih belum memuaskan dan harga air. Akhirnya Kerajaan Negeri terpaksa mengambil langkah untuk mendapatkan kembali pengurusan bekalan air tersebut supaya diletakkan di bawah agensinya iaitu Perba-danan Menteri Besar Kelantan.
Kenyataan yang ditanda-tangani bersama antara lainnya oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Alam Sekitar dan Kesi-hatan, YB Haji Hassan Abdullah dan Pengerusi Eksekutif KWSB, Dato’ Mohd. Bakri Mohamad yang diedarkan di majlis tersebut mejelaskan bahawa dokumen-dokumen yang ditandatangani itu menunjukkan hasrat sebenar kedua-dua pihak (Kerajaan Kelantan dan KWSB) untuk menyelesaikan masalah-mas-alah yang dihadapi secara menang-menang.
Kenyataan itu menyebut bahawa penyusunan semula saham KWSB membolehkan ketidaktentuan dalam pelak-sanaan penswastaan bekalan air di Kelantan dapat ditamatkan dengan mesra.
Menurut kenyataan itu lagi, pihak Kerajaan Negeri dan KWSB mahukan langkah-langkah penyusunan semula itu juga mengambil kira peralihan pengurusan KWSB yang akan berlangsung hendaklah berjalan dengan licin bagi mempastikan pembekalan air tetap berterusan kepada setiap pelanggan di negeri Kelantan ini.