Ketahuilah Kelas Manusia Yang Telah Diberitahu Oleh Allah swt.
Orang-orang Muslim sekular me-mang tidak pandang langsung kepada masalah
kafir, munafik dan mukmin. Orang sekular ini sama ada jenis sosialis, sama
ada jenis nasionalis, sama ada jenis pragmatis, sama ada apapun, tidak
ambil tahu langsung tentang pemba-hagian manusia yang dibahagi sendiri
oleh Allah SWT., iaitu munafik, mukmin dan kafir. Kita sebagai orang Islam
yang memper-juangkan Islam dan menghayati Islam, kita mesti ambil tahu
tentang pembahagian dan kategori yang telah ditetapkan sendiri oleh Allah
SWT. terhadap kita sendiri. Alangkah malangnya kita menjadi manusia tetapi
kita tidak ambil peduli tentang kelas yang telah dikelaskan oleh Allah
SWT. terhadap kita.