Keluasan tanah Negeri Kelantan yang akan dikekalkan statusnya sebagai
tanah berhutan ialah 49.2 peratus.
YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan meng-anggar keluasan
ini adalah lebih luas daripada kawasan tanah negeri-negeri tertentu.
“Ini merupakan sumbangan yang sangat besar Kerajaan Negeri ini terhadap
negara kita Malaysia khususnya dalam usaha mengekalkan kestabilan alam
sekitar serta pemeliharaan fauna dan flora di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis peras-mian Pejabat
Hutan Kelantan Barat di Tanah Merah pada 17 Mei lalu.
Beliau memberitahu bahawa Kerajaan Negeri telah pun siap mewartakan seluas 626,372 hek-tar kawasan tanah di Kelantan sebagai hutan simpanan kekal yang diuruskan secara berkekalan dengan mengambil kira kawasan Taman Negara yang luasnya 108,783 hektar.
Tambah beliau, sehingga kini sumber hutan merupakan salah satu punca kewangan utama bagi Negeri Kelantan selain dari hasil tanah dan galian.
“Keadaan ini dijangka berterusan beberapa tahun yang akan datang sehinggalah sum-ber minyak dan gas asli yang diterokai dijangka mulai memberikan hasil dalam tahun 2001 kelak,” katanya.
Berhubung dengan kegiatan dan usaha-usaha pengurusan dan pembangunan hutan, beliau berkata Kerajaan Kelantan telah memperketatkan kawalan aktiviti pembalakan supaya kesannya terhadap kerosakan hutan dan alam sekitar berada pada tahap yang rendah.
“Selain itu Kerajaan Negeri juga memestikan semua kawasan yang sudah dibalak dalam kawa-san simpanan dijalankan rawatan pemulihan hutan,” tegas beliau.
Beliau juga memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan menggiatkan lagi penubuhan ladang hutan dengan menguta-makan penyertaan pihak swasta. Sebahagian daripada tanah yang diluluskan ialah tanah rezab hutan simpanan kekal yang telah diambil kayu oleh kerajaan sebelum ini.
Menurut beliau projek ladang hutan yang dilaksanakan di negeri Kelantan adalah projek yang ulung dan mendahului negeri-negeri lain di negara ini.
Katanya, untuk ini sebanyak 24 syarikat telah diluluskan oleh Jawatankuasa Seranti Khas Pro-jek Ladang Hutan untuk terlibat dalam program ladang hutan.
“Dengan terlaksananya pro-jek ini Negeri Kelantan akan terus dapat mengekalkan sifatnya sebagai sebuah negeri dengan hasil kayu-kayan untuk kepentingan generasi akan datang,” jelas beliau.