Rakyat Kelantan memang kenal siapa yang mem-perlekehkan usaha-usaha kepimpinan sekarang untuk mengatasi masalah bekalan air sejak awal mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan terdahulu.
Sepatutnya kerajaan terdahulu sudah menyelesai-kan masalah bekalan air ini. Kepimpinan terdahulu memang cuai dan tidak peduli kepada kebajikan rakyat. Mereka tidak menggantikan besi-besi paip buruk yang diketahui antaranya digunakan sejak zaman penjajahan lagi. Mereka tidak mengadakan prasarana yang mencukupi di tempat-tempat sumber air bagi menambah bekalan air kepada rakyat.
Peruntukan RM 80 juta yang sepatutnya dikeluar-kan untuk Kelantan bagi membaiki bekalan air oleh Kerajaan Pusat tidak jadi dilaksanakan apabila parti yang berpihak kepada Kerajaan Pusat itu kalah dalam pilihan raya di Kelantan. Ternyata kebajikan untuk rakyat mereka ketepikan semata-mata kerana melayani nafsu dan jiwa politik yang kotor.
Sesiapa pun yang mengikuti Perlembagaan negara sedia maklum bahawa Kerajaan Pusat adalah lebih bertanggungjawab membantu Kerajaan Negeri dalam apa sahaja pembangunan, lebih-lebih lagi yang merupakan keperluan asas. Ini kerana Kerajaan Pusat ialah pemungut cukai daripada rakyat. Walaupun air menjadi hak Kerajaan Negeri, tidak bererti Kerajaan Pusat boleh mengabaikan pemba-ngunan bekalan air di peringkat negeri. Wajar sekali kaedah tanggungjawab Pusat, misalnya, dalam pembinaan jalan raya, pembangunan pertanian dan sebagainya dapat dilakukan juga terhadap bekalan air tanpa menjejaskan hak-hak Kerajaan Negeri.
Percubaan menswastakan bekalan air di Kelantan gagal kerana kepimpinan Kerajaan Kelantan seka-rang lebih mengambil berat terhadap kebajikan rakyat dengan menghalang usaha mengaut untung.
Rakyat Kelantan sudah tahu bahawa hasrat syari-kat yang mengendalikan bekalan air hendak menaik-kan harga air tidak dipersetujui oleh Kerajaan Kelantan. Syarat-syarat penswastaan air yang di-kenakan oleh pihak Kerajaan Kelantan adalah jelas menghalang syarikat berkenaan daripada menjadi-kan air sebagai barang dagangan untuk mengaut ke-untungan. Bayaran air hendaklah dipandang sebagai bayaran untuk perkhidmatan atas pengurusan air, bukan bayaran untuk keuntungan atas jualan air. Itu sebabnya pimpinan Kerajaan Negeri lebih suka pen-swastaan ini ditakrifkan sebagai penswastaan peng-urusan (perkhidmatan) bekalan air, bukan penswas-taan keseluruhan (jualan) bekalan air. Mungkin ini membezakan ‘semangat’ penswastaan air di Kelan-tan dengan apa yang diamalkan di negeri-negeri lain.
Setelah mengetahui kesungguhan, keperihatinan dan hasrat Kerajaan Kelantan sekarang hendak mengatasi masalah bekalan air di negeri ini dan setelah menyedari tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk turut menjaga kebajikan rakyat, tidak harus ada pihak cuba menghasut rakyat ke arah memper-kusutkan apa yang sedang dilihat rakyat sebagai jalan ke arah penylesaian.