Sebaliknya penebangan hutan atau pembalakan yang melebihi had kuota tebangan sebenar begitu banyak berlaku pada masa yang lalu iaitu dari tahun 1980 hingga tahun 1990.
Juga, angka-angka hasil pendapatan negeri didapati tidak banyak yang masuk ke Perbendaharaan Negeri ketika itu (1980-1989) walaupun hutan yang ditebang sangat luas jumlahnya.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ketika berucap di majlis perasmian bangunan baru Pejabat Hutan Kelantan Barat di Tanah Merah 17 Mei lalu. Perasmian dilaksanakan oleh KDYMM al-Sultan Kelantan sempena sambutan Hari Keputeraan baginda ke-49 di peringkat Jajahan Tanah Merah.
YAB Tuan Guru Menteri Besar melahirkan rasa terkilannya dengan pihak-pihak tertentu yang menggunakan media massa membuat dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Kelantan telah melakukan pencerobohan penebangan hutan melebihi had yang dibenarkan tanpa mempedulikan kepentingan alam sekitar.
Katanya, Kerajaan Kelantan hari ini lebih bertanggungjawab dan berhati-hati
serta memathui peraturan-peraturan yang dibuat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab
dalam soal penjagaan dan pengurusan hutan.
|
|
(RM juta) |
1985 1986 1987 1988 1989 1994
|
BN
13,503 43,496 33,870 27,180 40,151 PAS 6807 6731 5126 5679 6108 |
23.87 30.13 33.13 37.60 42.87 -
|
“Ini kerana kita sedar bahawa amanah yang kita jaga ini bukan kerana rakyat dan negara ini sahaja tetapi yang lebih penting dan lebih besar lagi ialah tanggungjawab kita kepada Allah SWT. di akhirat nanti. Allah akan tanya satu persatu terhadap apa yang telah kita laksanakan di atas muka bumi ini,” tambah beliau.
Sebagai jawapan, YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar membentangkan rekod jabatan sebagai memberikan contoh butiran-butiran keluasan kawa-san yang ditebang dan hasil yang dipungut oleh Kerajaan Negeri antara tahun 1984-1989 sewaktu pemerintahan Barisan Nasional dengan tahun 1994-1998 ketika pemerintahan Ang-katan Perpaduan Ummah (PAS).
Katanya, seluas 13,503 hektar telah ditebang pada tahun 1985, 43,496 hektar (1986), 33,870 (1987), 27,180 hektar (1988) dan 40,151 hektar (1989).
Menurut beliau daripada tebangan kawasan hutan yang begitu luas, hasil pendapatan negeri yang masuk ke Perbendaraan Kerajaan Negeri didapati tidak banyak.
Sebagai contoh, katanya, hasil yang dipungut sebanyak RM23.87 juta pada tahun 1985, RM30.13 juta (1986), RM33.13 juta (1987), RM37.60 (1988) dan RM42.87 juta (1989).
YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar berkata Majlis Perhutanan Negara menetapkan had keluasan hutan yang boleh ditebang bagi Negeri Kelantan sebanyak 6,890 hektar setahun.
“Kerajaan Kelantan bermula pada tahun 1994 sehingga seka-rang tidak pernah membenarkan penebangan hutan melebihi jumlah tersebut,” katanya.
Menurut beliau hutan yang ditebang secara terperincinya adalah seluas 6,807 hektar pada tahun 1994, 6,731 hektar (1995), 5,126 hektar (1996), 5,679 hektar (1997) dan 6,108 hektar (1998).
Dalam tempoh tersebut beliau memberitahu Kerajaan Negeri berjaya memungut hasil sebanyak RM99.52 juta pada tahun 1995), RM69.17 juta (1996), 56.45 juta (1997) dan RM42.96 juta (1998).