Naib Canselor Universiti berkenaan, Dr Toha Mustafa Abu Karishah menghantar surat pengiktirafan itu kepada Yayasan Islam Kelantan bagi membolehkan pelajar-pelajar lulusan Maahad boleh melanjut pelajaran ke tahun tiga Universiti al Azhar.
Sementara itu, pelajar-pelajar Maahad berkenaan berazam membuktikan
kemampuan mereka untuk mengangkat imej pusat pengajian itu setanding pusat-pusat
pengajian lain di negara ini.
Timbalan Menteri Besar, YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman berkata, tempat berkenaan disediakan bukan sebagai medan melepak tetapi bertujuan untuk melepaskan ‘tension’ di kalangan mereka.
“Berdasarkan contoh yang telah ada, ia berjaya membentuk jiwa yang baik
kerana mereka berada di taman itu bukan untuk melepak, sebaliknya mencari
ketenangan,” ujarnya.