PEREBUTAN dalam menjawat sesuatu jawatan termasuk di kalangan para penghulu tidak akan berlaku sekiranya mereka sedar bahawa penj watan terhadap sesuatu jawatan adalah merupakan suatu bebanan, kata Menteri Besar, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Berucap pada Majlis Amanat Tok Guru Kepada Para Penghulu Dan Pegawai Halaqat di Dewan Teratai Kota Darul Naim baru-baru ini beliau berkata bagi kalangan yang tahu khususnya yang sedar tentang ketidakupayaan diri sendiri tidak akan berminat, apatah lagi berebut untuk menjawat sesuatu jawatan.
Katanya samada jawatan politik atau sebagainya, ianya merupakan suatu bebanan jika segala amanah dan tanggungjawab yang dipegang kerana menjawat sesuatu jawatan yang disandang tidak disempumakan berteraskan ajaran agama.
"Semasa di dunia mungkin kita boleh berdolak dalih tetapi di akhirat nanti tidak ada sesiapapun yang mampu berhujjah dengan Allah. Oleh itu jika diyakini ada orang yang lebih baik dari kita untuk menjawat sesuatu jawatan, maka berilah laluan kepada orang yang berkelayakan", ujarnya.
"Kalau Tok Penghulu rasa tidak mampu untuk laksanakan amanah dan tanggungjawab dan ada orang lain yang lebih layak, jangan tunggu diberhentikan tetapi berhentilah sendiri awal-awal lagi dan jangan tunggu dipecat", tambahnya..
Tetapi, tambahnya lagi jika diyakini bahawa kita dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab yang yang diberikan dan keadaan akan menjadi lebih buruk jika orang lain yang memikul amanah, maka kita mestilah menjawat jawatan berkenaan walaupun berat.
YAB Menteri Besar berterima
kasih kepada penghulu-penghulu yang turut membantu menjayakan hasrat kerajaan
supaya rakyat negeri ini dekatkan diri kepada agama Allah dan ini terbukti
apabila bilangan jemaah di masjid-masjid bertambah.