Sumbangan Tabung Serambi Mekah dan zakat

        Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tabung Serambi Mekah telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3,000.00 untuk dibahagikan kepada 60 rakyat termiskin di Jajahan Pasir Mas. Selain itu sumbangan sebanyak RM6,000.00 diperolehi daripada orang ramai untuk diagih kepada 120 pelajar miskin. Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pula memperuntukkan RM27,000 sebagai zakat kepada 450 orang miskin.

        Demikian dijelaskan oleh Ketua Jajahan Pasir Mas, YABrs. Tuan Haji Hashim Bani Abd. Hamid di Majlis Keberangkatan DYMM Raja Perempuan Kelantan ke Kampung Bechah Semak, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan untuk pengurniaan bantuan kepada golongan miskin pada 24 Januari 1995 lalu.

        Kata beliau lagi, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas juga telah menerima peruntukan sebanyak RM7,000.00 daripada Pejabat Pembangunan Negeri bagi pembelian 28,000 ekor anak ikan keli untuk dibahagikan kepada 14 penternak di Kampung Bechah Semak.

        “Kerajaan Negeri melalui Pejabat Pembangunan Negeri meluluskan juga RM10,000.00 bagi membaiki Masjid Mukim Bechah Semak.
        Kampung Bechah Semak mendapat tempat kedua dalam pertandingan Kampong Contoh peringkat Negeri Kelantan tahun 1994 dan telah memenangi dua kategori utama iaitu landskap dan kebersihan.