Berucap selepas beliau menandatangani dokumen-dokumen penyerahan Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB) kepada Kerajaan Kelantan (melalui agensinya) di JKR 10, Kota Bharu pada 2 April lalu beliau berkata Kerajaan Kelantan menyambut baik pengumuman itu dan akan segera membuat langkah-langkah yang diperlu-kan untuk pelaksanaannya.
Sehubungan dengan itu, selepas majlis menandatangani Surat Ikatan Penamatan
dan pertukaran Dokumen Penyerah-an / Ambilalih Kelantan Water Sdn Bhd.
(KWSB) daripada Thames Water kepada Perba-danan Menteri Besar Kelantan
berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat KWSB, Jalan Yahya Petra, Kota
Bharu pada 29 April lalu, Tuan Guru Dato’ Menteri Besar memberitahu para
pem-berita bagi peringkat pertama Kerajaan Kelantan telah meng-hantar pegawainya
bagi mem-bincangkan urusan pinjaman tersebut.
Katanya, Kerajaan Kelantan juga sedang menyiapkan kertas berkenaan
perancangan seterusnya.