Kerajaan yakin dengan dasar jadikan

Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara

KERAJAAN Kelantan seka-rang memilih untuk menjadikan bidang pertanian sebagai teras dan keutamaan dalam dasar pembangunan ekonominya ada-lah kerana kehidupan dan keselamatan rakyat akan lebih terjamin dalam semua keadaan sama ada semasa susah lebih-lebih lagi dalam waktu senang.

Penglibatan Kelantan dalam industri pemakanan terutama-nya yang berasaskan pertanian akan dapat menjamin rakyat  dari menjadi mangsa kepada tekanan dan ancaman musuh-musuh Islam yang kadang kala sampai kepada perbuatan mencatu makanan semata-mata untuk melemahkan dan menghancur-kan umat Islam.

Demikian ditegaskan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, ketika berucap di majlis perasmian kilang dan ladang kelapa sawit Serasa, Gua Musang, 14 Jun lalu. Perasmian dilaksanakan oleh KDYMM al-Sultan Kelantan sempena lawatan baginda ke Jajahan Gua Musang.

Dengan dasar sedemikian, menurut Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, dalam kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara kita sekarang, Negeri Kelantan merupakan satu negeri yang paling perlahan merasai kesan kegawatan ini.

Memandangkan kepada ke-dudukan sedemikian, menurut beliau lagi, Kerajaan Kelantan bertambah yakin untuk terus mempertahankan dasar pemba-ngunan negeri untuk alaf yang akan datang dengan menjadikan sektor pertanian sebagai sektor utama di negeri ini.

Beliau menyeru semua pihak berusaha smenjadikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan yang terpenting di rantau ini.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Kelantan mahu negeri Kelantan menjadi pengeluar makanan terbesar di negara ini.

“Sesuai dengan gelaran negeri ini sebagai Negeri Serambi Mekah, seluruh masyarakat Islam di dunia ini sangat yakin tentang kebersihan produk yang dihasilkan oleh Negeri Kelantan. Jadi, sangat sesuai kita mengambil kesempatan untuk memperluaskan produk kita dan memperluaskan pasaran ke seluruh dunia terutama di negara-negara Arab dan Asia Barat,” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa umat Islam yang kekurangan makanan akibat kecuaian mereka untuk menjadikan negeri mereka sebagai jelapang makanan akan sentiasa terdedah kepada ancaman.

“Penggunaan bahan makan-an sebagai senjata untuk menewaskan musuh-musuh adalah satu strategi yang lumrah digunakan sejak beribu-ribu tahun yang lalu,” tambah beliau.

Beliau memberi contoh di zaman Rasulullah SAW. orang-orang kafir Quraisy pernah menggunakan strategi mencatu makanan untuk menundukkan Rasulullah.  Begitu juga pada hari ini kita dapat melihat bagaimana umat Islam di Bosnia, di Chechnya, di Iraq, di Libya dan di Afrika Selatan dan sebagainya dilemahkan melalui catuan makanan.

Di samping itu, kata beliau, Kelantan masih mempunyai tanah untuk pertanian yang luas memandangkan Kerajaan Negeri telah mewartakan seluas 626,372 hektar atau 49.2 peratus keluasan negeri ini sebagai hutan simpanan kekal. Sektor pertanian menyumbang hampir 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar bagi Negeri Kelantan dan merupakan penyumbang terbesar dibandingkan dengan sektor lain.

Dari sudut yang lain, beliau memberitahu bahawa syarikat-syarikat yang berasas perla-dangan dan pertanian di bursa saham dapat membendung kejatuhan harga saham pada waktu kemelesetan dan kega-watan ekonomi baru-baru ini.
Keadaan itu, menurut beliau, syarikat yang berasaskan perladangan dan pembangunan adalah antara syarikat yang kukuh dan mempunyai jati diri yang kental dalam mengharungi turun naik harga di pasaran terbuka.