Kerjasama PERNAS untuk bangun sosio ekonomi Kelantan

KERJASAMA PERNAS dan Kerajaan Kelantan membangun-kan Ladang Kelapa Sawit Serasa dapat memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan sosio ekonomi Kelantan.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS International Holdings Bhd. Tan Seri Tunku Shahriman Tunku Sulaiman berkata demikian di majlis perasmian Ladang dan Kilang Kelapa Sawit Serasa di Gua Musang yang dirasmikan KDYMM al-Sultan Kelantan 14 Jun lalu.

“Apa yang paling penting, kegiatan ekonomi yang lebih rancak di kawasan ini pastinya akan membawa lebih banyak pembangunan pada masa hadapan,” jelas beliau.

Menurut Tunku Shahriman, Ladang Serasa telah membawa bukan sahaja kemudahan dan prasarana moden seperti bekalan elektrik dan air ke kawasan pedalaman ini bahkan beberapa peluang ekonomi.

“Ianya juga mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat Kelan-tan.  Ini merangkumi latihan yang ditawarkan kepada penduduk setempat dalam bidang peng-urusan perladangan, di mana ianya akan memberi faedah kepada negeri ini dalam jangka panjang,” katanya.

Ladang Serasa Sdn. Bhd. yang membangunkan ladang kelapa sawit di Gua Musang  dan Kuala Kerai dimiliki oleh Pernas Securities Sdn. Bhd (70%) dan Permodalan Kelantan Bhd. (30%).

Ladang kelapa sawit seluas 5,132 hektar  ini mula diba-ngunkan pada bulan Mac 1991.

Seluas 4,599 hektar kelapa sawit kini mencapai peringkat matang dengan hasil semasa kira-kira 60,000 ton setahun dan dijangka meningkat hingga 110,000 ton setahun.
Seluas 163 hektar kelapa sawit belum lagi mencapai peringkat matang.  Pihak ladang juga mempunyai tanaman bukan kelapa sawit seluas 220 hektar di ladang ini.

Kawasan perladangan ini terletak di atas tanah yang dip-ajak daripada Perbadanan Kema-juan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang merupakan pemilik tanah tersebut.
PERNAS memajukan kawa-san berkenaan dengan cara menyediakan modal, kepakaran dan sumber-sumber lain serta turut menguruskannya.

“Sesungguhnya PERNAS amat berbangga dengan kawa-san perladangan dan pelaburan yang dibuat di negeri Kelantan ini serta berharap agar dapat membantu memajukan lebih banyak kawasan perladangan demi kemakmuran rakyat negeri ini,” tambah Tunku Shahriman.